~Welcome To My Life~

My Japanese name is Akane Hatakeyama



Nama
Aley Binti Md Arif
Umur
23 Tahun
Kerja
Elektrikal


Jika kamu memancing ikan...setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja...kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin juga akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia masih mengingatimu Kiss - Because I'm a Girl

Video provided by Allisya!!
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

~LINKS TO MY FRIENDS~
Anak_ikan...
Putera Malaya...
Archiq...
Zhade...
Azelnur...
Zotaichee...
Nashwuzhere...
Kak Rah...


Yang Jauh Itu Masa - Menghargai Masa Yang Dekat Itu Mati - Beringat Sementara Hidup Yang Benar Itu Amanah - Tambah Nilai Kehidupan Yang Besar Itu Nafsu - Imbangan Antara Akal dan Emosi Yang Tajam Itu Lidah - Luhur Budi Pekerti



Apa menarik dalam Berita Harian? ..jom baca ...

Muka Depan

Berita Nasional

Berita Dunia

Berita Sukan

Berita Ekonomi

Berita Agama

Berita Hiburan


Baca Lagi ...
[]
Free Site Counters
Free Site Counters




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, February 14, 2006
RE: FRESH BACK

Aiyak!!!!

long time dah x masuk dalam blog ni.... niat dalam hati nak menulis banyak tapi idea x dak plak.... sedar tak sedar dah masuk 2006 , umo aku bertambah lagi tahun ni...

Bila fikir balik , apa yang aku dapat dalam 23 tahun hidup ni...??? ermmm... macam2 aku...dapat.. samada yang baik , buruk , semua nya aku rasa... cuma apa yang aku harapkan tahun ni.. aku dapat kehidupan yang lebih baik berbanding tahun2 lepas...

 


Posted at 09:30 am by bee1_more
Jangan biarkan ia berlalu  

Saturday, September 10, 2005
Hari yang berlalu


Hari - hari yang erlalu aku lalui dengan tenang. Walaupun hatini masih terluka... ermmm terluka..?? saper punya angkara yer..?? arghhhh.. kalau aku tau dia buat macam ni , tak hingin aku terima perlawaannya.

Kalau ada 10 lagi orang macam ni... hancur la hidup dema.... dasar tak sedar di untung.. Terhegeh  -hegeh bila terdesak , bila dah dapat hampeh... macam aper tah... ermmm orang macam ni  memang tak layak jadi kekasih atau sahabat pun.

tapi aku tetap maafkan dia... ape yang aku fikir , biarlah dia dengan labu labinya.. hahahahah

Posted at 05:37 pm by bee1_more
Jangan biarkan ia berlalu  

Thursday, August 11, 2005
Menjadikan jerami padi nilai komersial

 



PELBAGAI jenis lampu tidur yang diperbuat daripada kertas
serat, dengan jenamanya yang menarik.

Kekotak lampu lantai, lampu meja, lampu syiling, lampu gantung, tempat penyimpanan nota, memo, beg, bingkai gambar juga diperbuat daripada serat tumbuh-tumbuhan

JERAMI padi lazimnya dibuang, dibiar atau dibakar begitu saja selepas petani menuai padi. Namun, bahan terbuang itu memberi ilham kepada Abdul Rahman Sani Abdullah untuk menghasilkan koleksi dan hiasan seperti lampu meja, bingkai gambar dan beg.

Selain jerami padi, beliau turut menghasilkan kertas menggunakan serat tumbuh-tumbuhan seperti batang pisang, pandan, kacang bendi (kacang lendir) dan kantan.

Abdul Rahman menerusi syarikatnya, Armensa Design bertapak di Kompleks Shahab Perdana, Alor Star, Kedah mengambil inisiatif bagi menyahut seruan kerajaan dan Perdana Menteri agar menjadikan satu daerah satu produk kraftangan.

Bertitik tolak daripada seruan itu, beliau yang mendapat bantuan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, negeri Kedah menggunakan kemahiran yang dipelajari di luar negara untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran itu untuk menghasilkan produk tempatan.

Armensa Design menjadi syarikat perintis dalam pembuatan kekotak lampu lantai, lampu meja, lampu syiling, lampu gantung, tempat penyimpanan nota, memo, beg, bingkai gambar berasaskan kertas yang diperbuat daripada serat tumbuh-tumbuhan.

Dengan menggunakan nama-nama yang direkacipta sendiri, bertujuan melariskan perniagaan dan menyediakan nama-nama tempatan terhadap kraftangan yang dihasilkan, adalah satu usaha kompeten dan berdaya saing.

"Harga yang berpatutan antara RM3 dan RM150 mampu dimiliki setiap orang dalam usaha menghargai kraftangan tempatan, termasuk pencinta seni kreatif", kata Abdul Rahman.

Justeru, menghasilkan kertas menggunakan serat tumbuh-tumbuhan memerlukan beberapa langkah susulan. Dalam peringkat pembuatan, serat tumbuh-tumbuhan yang dipilih akan dibersihkan terlebih dulu, khususnya membuangkan kekotoran.

"Serat-serat itu akan dipotong mengikut kesesuaian saiz, yang kemudiannya direbus dengan menggunakan soda cautic bagi melembutkan serta" kata Abdul Rahman.

Langkah seterusnya iaitu melerai, dilakukan dengan cara memukul serat yang telah direbus bagi menghasilkan pulpa. Peringkat membentuk kepingan dan menangguk pulpa dilakukan dalam takungan. Takungan biasanya berbentuk kolam, dan kerja menangguk menghasilkan kepingan kertas basah yang nipis dalam tapisan yang ditangguk.

Kertas basah di dalam penangguk itu akan dijemur untuk dikeringkan atau dimampatkan bagi mendapatkan permukaan kertas yang licin dan kuat.

Meskipun kerja menghasilkan kertas serat tumbuh-tumbuhan tampak mudah, sebaliknya Abdul Rahman menjelaskan, kertas yang dibuat itu masih melalui proses kajian teknikal seperti kesesuaian, keupayaan, kekuatan dan ketelusan bahan sebelum dapat menghasilkan produk kraftangan yang diinginkan.

"Kulit kayu, kain dan kertas terpakai turut digunakan bagi menghasilkan kertas" kata Abdul Rahman. Namun penggunaan serta tumbuh-tumbuhan lebih diutamakan kerana serat tersebut mudah diperoleh dan murah harganya.

Sebelum bahan seperti lampu, bekas memo, kad nama, sampul surat, kotak, bingkai gambar, dan beg kertas dihasilkan, Armensa Design melaksanakan kajian tindakan serta kajian pasaran untuk mengetahui kehendak dan sikap penggunaan.

"Cita rasa pengguna khususnya apa yang pelanggan mahu, golongan sasaran dan jenis produk perlu diambil kira dan dilakukan kajian terlebih dulu," kata Abdul Rahman.


Posted at 09:22 pm by bee1_more
Jangan biarkan ia berlalu  

uiks

warghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!.......

lama sungguh tak masuk blog.. windu sangat... takper... sikit masa lagi... aku kembali... errmmmm korang janga risau erkk.... kekekeke

Posted at 09:15 pm by bee1_more
Jangan biarkan ia berlalu  

Next Page